Pages

Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah diri. Show all posts

Sunday, June 26, 2011


When i felt down,








i did some digging...

finally,

i found this...

i read Muhabah diri...

and my spirit boost up !!!


Here some of little things i want to share...


saya kena ingat..

Dulu,
kan Dayah  pernah kata.
"kalau kita dah usaha sungguh-sungguh,MUSTAHIL Allah tak kasi.."

dan Doughlas pun cakap jugak..
"nak belajar, MASA tue tak penting..yang penting DAPAT.Ingat mak ayah..
dan Jangan pula compare diri awak dengan orang lain..
semua manusia dikurniakan kemampuan yang berbeza..
Belajar cara BIJAK..Buat cara BETUL..."..
kelakar pun ader..dia ni orang Cina tapi cakap dialek Kelantan.
masih terngiang-ngiang nasihat mu Doughlas Wong..
Tanpa di pinta,dia datang kat meja tempat saya study,
Setelah 15 minit dengar budak nie bgi ceramah motivasit..
akhirnya  Doughlas cakap,
"Hawa, aku bukan apa..aku nak nak tolong kau aje.."
Dear Doughlas, i owe you  soo much..Terharu sangat...
Million thanks dude...(*v*)"
Time down ada jer orang bagi nasihat..
Rahmat Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk kan??
Other people can believe that you have so much potential..
They care bout you..
So,Why not you??


Huh..(-_-)"..
betul tu..

Dan lagi,
Sophia pernah cakap,
"lagi dekat kita dengan Allah,seribu langkah Allah datang pada Kita.."

Dan lagi,
Ustaz Johari ada pesan,
"Ilmu itu datang dari Allah.Allah yang berkuasa meletakkan ilmu itu di dalam dada kamu..Allah jualah yang mengembalikan setiap sesuatu kepada hambanya yang Soleh dan Solehah. Ilmu itu fitrahnya suci dan tempatnya adalah di dada orang yang hatinya bersih, bersih dari maksiat dan dosa. haruslah diingat bahawa setiap amalan itu perlu dimulakan dengan niat LillahiTaala..kerana Allah,dengan nama Allah..Berdoalah kamu kepadaNYa dengan penuh kesungguhan.Allah itu ada di sekeliling kita. Yakinlah dan bertawakallah kepadaNya."

Kata-kata motivasi dari Amalina Che Bakri,
"saya yang biasa-biasa boleh berjaya sekiranya saya berusaha secara LUAR BIASA"

"Kejayaan bukanlah terletak pada kejayaan tetapi pada USAHA."

"Wau hanya akan naik ke langit apabila di tentang oleh angin."

Dan dari si pencipta taman impian dan imaginasi Walt Disney,
"If you dare to Dream, you can Do it!"
betul lah tu, kenalah bayangkan diri sendiri jawab periksa,kalut ke tidak,cukup masa ke tidak..
Wow,the power of IMAGINATION!

Dan,
"Nothing is impossible to a willing heart"

Bak pepatah Melayu,
"Nak seribu daya,tak nak seribu la dalihnya.."
hehe..manda-mandai tambah pulak..

okayh,sampai di sini sahaja..
Kena sambung study ..!!!
InsyaAllah..
you'll find your way..


Wednesday, May 11, 2011

Aku Putus Asa.


" Aku rasa aku dah silap buat pilihan.Aku tak patut jadi doktor"

" Kalau macam nilah gayanya, layakkah aku jadi seorang doktor?"


"Kenapalah Allah tak bagi aku lulus dalam exam?"

"Kenapalah aku nih selalu dapat markah rendah?"

"Kenapalah rasa malas sangat-sangat..."

"Kenapalah aku rasa macam biasa aje bila aku gagal?"

"Aku rasa nak BERHENTI aje."


                                  Astagfirullah  10x


Itu semua hanya kata-kata yang terbit dari dalam diri.

As someone told me,

We are our own enemy.

Dan sebenarnya Allah lah yang menjadi pakar motivasi bagi diri kita...

Dia memujuk kita melalui ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran.

Antara intipati dalam firman Allah,

2:214 - Sabarlah dengan cubaan..

2:177- Bersabar dalam kemelaratan dan penderitaan..

2:216 -  Apa yang kamu tidak senangi baik untukmu, apa yang disukai adalah tidak baik bagimu..

2:218 - Berjihad dapat rahmat Allah

2.286 - Tidak diuji melainkan dengan kesanggupan hambanya

2:274 , 277- Tidak ada rasa takut dan mereka tidak bersedih hati

2:286- Allah tidak membebankan hambanya

7:201- Ingat Allah ketika dibayangi fikiran jahat

8:70 - Allah berikan yang lebih baik dari apa yang diambil

9:59 - Cukuplah Allah bagi kami...

10:107- Sabar ketika didatangkan bencana..


wahai hati sabarlah kamu dengan Ujian Ilahi.Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu. Sesungguhnya Allah telah memilih kamu untuk berada di jalan ini. Dan Ingatlah bahawa Allah tidak menguji hambaNya ndengan sia-sia melainkan untuk mendekatkan kamu dengan Dia


Astaghfirullah...

Astaghfirullah...

Astaghfirullah...

Sunday, January 30, 2011

MARAH


Suatu hari, anda beli handphone touch screen. Anda belai dan anda sayang giler kat phone tu.Suatu hari yang malang, ada pencurik amek phone anda. Anda pula yakin betul yang anda letak phone tu kat tempat orang yang anda percaya. Anda pun marah-marah dan maki-hamun orang tu. Guna bahasa kesat-kesat. Andaikan anda sekarang ini adalah tertuduh. Bagaimana handle perasaan marah nie? Kenapa pulak kena handle marah ni  ye? Marah aje lah kalau nak marah kan?

Pertama, ketika anda marah,emosi dan nafsu yang menguasai diri,bukannya aqal yang waras . Ketika ini, jiwa anda di kuasai nafsu yang membuak-buak. Badan anda panas, hati berdetak lebih laju ,nafas dihela laju dan pendek-pendek dan otak anda berfikir dengan kelajuan seribu kilometer sesaat.

Ketika ini lah, pertimbangan manusia bukanlah seperti normal. Ketika ini jualah, pintu-pintu masuk untuk syaitan gondol terbuka luas untuk manusia. Ketika ini jualah, iman berada di skala meter yang berombak-ombak. Sekejap naik sekejap turun. Pada ketika ini, syaitan membisikkan kata-kata nista dan memaparkan keburukan yang kita tak pernah perasan atau nampak terhadap orang tu. Kelemahan orang yang di marahi digunakan untuk menjatuhkan maruah tertuduh dan si pemarah oleh sang syaitan. Syaitan bersorak gembira kerana dapat melemahkan ikatan ukhuwah dua bersaudara ini. Tapi, di sebabkan manusia dilahirkan dengan PILIHAN, ada dua golongan yang boleh di bahagikan mengikut kategori PILIHAN ini.


  • Pertama,golongan yang mengikut kata nafsu dan syaitan. Mereka memilih untuk melegakan nafsu dan mengikut telunjuk syaitan.Sanggup hilang sahabat dari hilang ego sendiri..Mereka memilih untuk melunaskan nafsu dengan menuturkan kata-kata kesat dan bisa yang mampu membunuh jiwa dan rohani seorang manusia. Kata-kata yang sangat dasyat ilham syaitan durjana untuk melemahkan iman seorang manusia. Meraka PILIH untuk mengikut nafsu serakah dan bisikan syaitan,jauh dari detikan dan naluri kebaikan yang ada dalam jiwa setiap insan.Nauzubillah...

  • Kedua,golongan yang menentang bisikan syaitan dengan BERSABAR.Mereka bersabar dengan mengikut sunnah nabi. Cuba mencari jalan untuk meredakan kemarahan,bukannya memenuhi kehendak nafsu amarah. Kalau mereka sedang berdiri,mereka duduk,Kalau marah duduk,mereka berbaring pula, kalau marah lagi, mereka ambil air wudhuk dan solat hajat agar dilembutkan hati sahabat tadi itu. 

Syaitan itu sentiasa mencari jalan supaya manusia ini hidup dalam perselisihan dan bermusuh-musuhan. Syaitan dengan mudah menanam sifat-sifat  jahat terhadap saudaranya,dan lebih dasyat kalau syaitan menanam sangka jahat terhadap saudaranya. Sangkaan jahat ini akan seterusnya menjurus kepada hilang kepercayaan dan lumpuhlah institusi dalam masyarakat.Isteri bersangka jahat terhadap suami,suami bersangka jahat terhadap isteri. Begitu juga antara pemimpin dan rakyat. Apabila dua pihak mula bertelagah, hati dan jiwa tidak tenang, iman juga  mulalah mudah goncang. Oleh itu, kalau anda adalah tertuduh, mana satu jalan yang anda mahu PILIH? Pilih untuk melegakan nafsu atau meningkatkan iman dengan BERSABAR? Ingat , anda yang pilih pengakhiran hidup anda. Pilihlah yang benar. Sesungguhnya, jalan menuju cahaya keimanan itu lebih mulia daripada mengikuti jejak langkah syaitan.

Wallahualam.

p/s : baru sahaja di duga ujian marah. Alhamdulillah, selepas sesi anger management di mall ,dapur dan buku agama, amarah ini mula reda. Hati dan aqal juga sudah lapang untuk berbicara. Semoga ukhuwah itu berkekalan.Amin.
 
Copyright (c) 2010 Medik Bloglist !. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.