Friday, June 3, 2011

Lendiran faraj wanita


Assalamualaikum wbt...

Kawan2,ni sedikit penerangan ttg mani,mazi,wadi(yg kita bincang lepas usrah kak mus aritu).

Mani
Definisi:Cecair yang keluar ketika mencapai kemuncak syahwat ketika berjimak atau bermimpi hingga mengeluarkan mani.( berlaku pd lelaki atau perempuan)
Hukum air mani adalah suci(bukan najis,pakaian kena air mani,sah bawa solat)
Cara bersuci:Kikis air mani dr pakaian yang terkena,mandi wajib.(Ulama selisih pendapat ttg perlu basuh ke tak,yg terbaik,basuh if still basah dan kikis kalau dah kering)
Conclusion utk mani:Mani bukan najis,tapi perlu mandi wajib.

Mazi
Definisi:air yang keluar ketika ghairah.Definisi lengkap: air yang berwarna keputihan, jernih dan berlendir. Ia keluar disebabkan hasil permainan (alat sulit atau sentuhan lelaki dan wanita), ciuman, atau rangsangan seksual. Ia tidak memancut dan tidak menyebabkan keletihan. Kadangkala ia keluar tanpa disedari dan berlaku pada lelaki dan wanita.
Hukum:Najis
Cara bersuci:Tak perlu mandi wajib,memadai dengan membasuh kemaluan dan tempat yang terkena mazi,then berwudhuk.(de gak dalam hadis yg mengatakn cara bersihkan pd pakaian tu memadai merenjis air di tempat yang terkena)

WadiDefinisi:
air berwarna pekat, kekeruhan, tidak berbau dan keluar sejurus selepas kencing. Jika sentiasa keluar, kebiasaan ia berlaku ketika membawa (mengangkat) sesuatu yang berat.Hukum:Najis.
Cara bersuci:Sama seperti mensucikan mazi.
*Cara bersihkan wadi tak bape clear,x jumpa dalil cara sucikan,dalil sucikan mazi de r.Yg sy terbaca kat internet,penulis combine cara sucikan mazi dan wadi,so maybe cara yg sama gak.Sbb masa bincang hari tu kita konpius kena wudhuk ke tak kan...Utk selamat,wudhuk r,he2...

0 comments:

Post a Comment

Thank You! Do recommend me other medical blogs or website!

 
Copyright (c) 2010 Medik Bloglist !. Design by WPThemes Expert

Blogger Templates and RegistryBooster.