Setelah di amati bintang-bintang di langit itu, terdetik pula dalam hati kecilku ini untuk mencoret sedikit sebanyak perihal permata angkasa, si bintang-bintang... Owh,Twinkle-twinkle little star..Mungkin tak ramai yang tahu apa nama buruj yang kita sering lihat di langit malam...Ada yang macam pangkah, ada yang macam busur, macam petani la, macam mangkuk la...macam-macam ada..ahahha.. Bintang yang ada kat Malaysia pun saya nampak kat sini..
Tapi macam ada yang kurang..Orang kata, Bintang pun ada musimnya..macam musim buah durian,mangga dan lain-lain..Kat India, yang saya kenal hanyalah Buruj Pari, empat gugus bintang yang tersusun indah dan kelihatan jelas di langit malam..Tak kisah lah kalau anda melihat bintang ini dari bawah pokok belakang rumah,atau dalam kenderaan yang bergerak seperti Inova ayah ketika balik kampung melalui Lebuhraya Utara Selatan ..Wahhh..rindu nak balik kampung...on way balik Pontian atau Kuala Lumpur,saya selalunya tak bley nak tidur sangat..excited punyer pasal. So, kami adek-beradek baringkan kerusi tengok bintang dan bulan ramai-ramai,bukak tingkap dan peerghhh..sejuk..segar..tambah lagi langit cerah, nampak banyak gler bintang...Memang tak tergambar perasaan masa tue...Malam raya..sambil dengar lagu raya...Wahh...rindu-rindu !!
p/s: RINDU jalan kat Malaysia,RINDU nak balik kampung,rindu nak dengar lagu raya,rindu ibu ayah,rindu Malik,Aja,Ajim,Maryam,Maryana dan kucing-kucing yang banyak itu especially BoB and Bobby, tak lupe juga mak dia, si PUasa( ibu panggil Puasa sebab datang kat rumah masa puasa) dan segalanya tentang Malaysia...
RINDU!! RINDU!!! RINDU!!!
Ni setelah saya Google dan lihat isi kandungan web-web,ini antara fakta-fakta menarik yang ingin saya kongsi bersama..Semoga ilmu ini bermanfaat untuk anda..
Menggunakan Kedudukan Istimewa Bintang dan Buruj
Sejak zaman dahulu lagi manusia telah menggunakan bintang sebagai petunjuk arah. Perkara tersebut ada dijelaskan dalam al-Qur'an dengan maksud:
"Dan Dia menciptakan tanda-tanda petunjuk jalan, dan dengan bintang-bintang inilah mereka mendapat petunjuk...."
(Surah al-Nahl: 16)
Bintang yang sesuai digunakan untuk tujuan penentuan arah utara ialah Bintang Kutub (Polaris) yang terletak bertepatan dengan paksi putaran bumi. Keadaan ini menyebabkan bintang-bintang lain secara ketara kelihatan beredar mengelilinginya.Bagi pemerhati di Malaysia, Bintang Kutub berada rendah di ufuk sebelah utara. Di negeri-negeri pantai timur seperti, Kelantan dan Terengganu, Bintang Kutub boleh dilihat berada lebih 5° di atas ufuk. Bintang Kutub berada dalam buruj Ursa Minor, tetapi lebih mudah dikenali melalui Buruj Bajalt. Buruj Bajak dikenali juga di kalangan masyarakat Melayu di utara Semenanjung Malaysia sebagai Buruj Timba dan ada pula yang menamakannya sebagai Bintang Senduk. Masyarakat Melayu, mempunyai pemahaman tersendiri tentang perkaitan di antara kedudukan Buruj Bajak dengan perubahan musim. Pada masa tertentu, apabila bahagian empat persegi Buruj Bajak yang disifatkan sebagai senduk menghadap ke atas, akan disifatkan sebagai 'musim yang sukar' iaitu musim kemarau. Ketika bentuk senduk menghadap ke bawah pula dikatakan menandakan 'murah rezeki' iaitu musim menuai.
Untuk mengetahui kedudukan Bintang Kutub, terlebih dahulu hendaklah kenal dan camkan bentuk Buruj Bajak.
Pada waktu malam di antara bulan Disember sehingga Mei setiap tahun, terdapat satu buruj lain yang menarik di tengah-tengah langit, iaitu Buruj Orion (Al-Babadur/Belantik). Buruj ini mudah dikenali kerana ia mempunyai tiga bintang berderetan di tengah-tengahnya. Ketika Buruj Orion berada di tengah-tengah langit dalam pergerakan hariannya (dikenali sebagai fenomena istiwa buruj) unjuran garisan yang menghubungkan Bintang Rigel dan Bellatrix menunjukkan arah utara. Bintang tiga berderetan dalam Buruj Orion pula digunakan oleh nelayan di Pantai Timur Malaysia sebagai panduan untuk kembali semula ke daratan dan menentukan arah kiblat.
Di langit selatan pula terdapat buruj yang boleh dijadikan panduan untuk mengetahui arah selatan dan sesuatu tempat. Buruj ini ialah Buruj Salib Selatan (Crux), yang dikenali di kalangan nelayan tempatan sebagai Buruj Pari. Buruj ini akan berada di tengah meridian langit selatan pada waktu maghrib di antara bulan Mei dan Jun. Arah yang ditunjukkan oleh garisan yang menyambungkan bintang A dan B ketika tersebut adalah arah selatan. Unjuran garisan tersebut kearah yang berlawanan untuk
mengetahui arah utara dari sesuatu tempat.
mengetahui arah utara dari sesuatu tempat.
Buruj Pari & penentuan arah selatan |
Buruj bintang yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan arah kiblat ialah buruj Orion (Al-Babadur). Tiga bintang berderetan dalam buruj ini iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam (ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat. Buruj Orionakan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang tiga berderet berkenaan ke arah barat, lihat Rajah 6.1.
Selain daripada buruj Orion (Belantik), arah kiblat juga boleh ditentukan dari arah utara dan selatan yang ditunjukkan oleh beberapa buruj bintang. Setelah diketahui kedudukan utara, maka arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan bezaan sudut di antara arah utara dengan arah kiblat. Untuk mengetahui arah kiblat dari mana-mana tempat di Malaysia, bukalah sudut sebesar 68° ke kiri, iaitu arah kiblat yang dikehendaki. Selain dari bintang kutub, anda juga boleh menggunakan arah selatan yang ditunjukkan oleh buruj Pari atau Salib Selatan (Crux).
A star resides on the main sequence when it fusions hydrogen to helium in its core. This is the case for the most part of its life. It is relatively stable then.
From its color (= surface temperature) it can then be directly concluded to its mass, size and luminosity. Red stars are small and cool, blue stars big and hot. In between are orange, yellow (like our Sun) and white stars. In a diagram (Hertzsprung-Russell diagram) those stars are all in a row, the main sequence.
From its color (= surface temperature) it can then be directly concluded to its mass, size and luminosity. Red stars are small and cool, blue stars big and hot. In between are orange, yellow (like our Sun) and white stars. In a diagram (Hertzsprung-Russell diagram) those stars are all in a row, the main sequence.
Names of the constellations of stars...n the celestial equator aren't marked.
Andromeda n Antlia s Apus s Aquarius * Aquila Ara s Aries * n Auriga n Boötes n Caelum s Camelopardalis n Cancer * n Canes Venatici n Canis Major s Canis Minor n Carina s Capricornus * s Cassiopeia n Centaurus s Cepheus n Cetus Chamaeleon s | Circinus s Columba s Coma Berenices n Corona Australis s Corona Borealis n Corvus s Crux (Southern Cross) s Crater s Cygnus n Delphinus n Dorado s Draco n Equuleus n Eridanus s Fornax s Gemini * n Grus s Hercules n Horologium s Hydra Hydrus s Indus s | Lacerta n Lepus s Leo * Leo Minor n Libra * s Lupus s Lynx n Lyra n Mensa s Microscopium s Monoceros Musca s Norma s Octans s Ophiuchus Orion Pavo s Pegasus n Perseus n Pictor s Pisces * Piscis Austrinus s | Phoenix s Puppis s Pyxis s Reticulum s Sagitta n Sagittarius * s Scorpius * s Sculptor s Scutum s Serpens Sextans Taurus * n Telescopium s Triangulum n Triangulum Australe s Tucana s Ursa Major n Ursa Minor n Vela s Virgo * Volans s Vulpecula n |
Web menarik..
Sampai di sini sahaja...nati sambung ag ea... :D ngeee~~~
0 comments:
Post a Comment
Thank You! Do recommend me other medical blogs or website!