Suatu hari, anda beli handphone touch screen. Anda belai dan anda sayang giler kat phone tu.Suatu hari yang malang, ada pencurik amek phone anda. Anda pula yakin betul yang anda letak phone tu kat tempat orang yang anda percaya. Anda pun marah-marah dan maki-hamun orang tu. Guna bahasa kesat-kesat. Andaikan anda sekarang ini adalah tertuduh. Bagaimana handle perasaan marah nie? Kenapa pulak kena handle marah ni ye? Marah aje lah kalau nak marah kan?
Pertama, ketika anda marah,emosi dan nafsu yang menguasai diri,bukannya aqal yang waras . Ketika ini, jiwa anda di kuasai nafsu yang membuak-buak. Badan anda panas, hati berdetak lebih laju ,nafas dihela laju dan pendek-pendek dan otak anda berfikir dengan kelajuan seribu kilometer sesaat.
Ketika ini lah, pertimbangan manusia bukanlah seperti normal. Ketika ini jualah, pintu-pintu masuk untuk syaitan gondol terbuka luas untuk manusia. Ketika ini jualah, iman berada di skala meter yang berombak-ombak. Sekejap naik sekejap turun. Pada ketika ini, syaitan membisikkan kata-kata nista dan memaparkan keburukan yang kita tak pernah perasan atau nampak terhadap orang tu. Kelemahan orang yang di marahi digunakan untuk menjatuhkan maruah tertuduh dan si pemarah oleh sang syaitan. Syaitan bersorak gembira kerana dapat melemahkan ikatan ukhuwah dua bersaudara ini. Tapi, di sebabkan manusia dilahirkan dengan PILIHAN, ada dua golongan yang boleh di bahagikan mengikut kategori PILIHAN ini.
- Pertama,golongan yang mengikut kata nafsu dan syaitan. Mereka memilih untuk melegakan nafsu dan mengikut telunjuk syaitan.Sanggup hilang sahabat dari hilang ego sendiri..Mereka memilih untuk melunaskan nafsu dengan menuturkan kata-kata kesat dan bisa yang mampu membunuh jiwa dan rohani seorang manusia. Kata-kata yang sangat dasyat ilham syaitan durjana untuk melemahkan iman seorang manusia. Meraka PILIH untuk mengikut nafsu serakah dan bisikan syaitan,jauh dari detikan dan naluri kebaikan yang ada dalam jiwa setiap insan.Nauzubillah...
- Kedua,golongan yang menentang bisikan syaitan dengan BERSABAR.Mereka bersabar dengan mengikut sunnah nabi. Cuba mencari jalan untuk meredakan kemarahan,bukannya memenuhi kehendak nafsu amarah. Kalau mereka sedang berdiri,mereka duduk,Kalau marah duduk,mereka berbaring pula, kalau marah lagi, mereka ambil air wudhuk dan solat hajat agar dilembutkan hati sahabat tadi itu.
Syaitan itu sentiasa mencari jalan supaya manusia ini hidup dalam perselisihan dan bermusuh-musuhan. Syaitan dengan mudah menanam sifat-sifat jahat terhadap saudaranya,dan lebih dasyat kalau syaitan menanam sangka jahat terhadap saudaranya. Sangkaan jahat ini akan seterusnya menjurus kepada hilang kepercayaan dan lumpuhlah institusi dalam masyarakat.Isteri bersangka jahat terhadap suami,suami bersangka jahat terhadap isteri. Begitu juga antara pemimpin dan rakyat. Apabila dua pihak mula bertelagah, hati dan jiwa tidak tenang, iman juga mulalah mudah goncang. Oleh itu, kalau anda adalah tertuduh, mana satu jalan yang anda mahu PILIH? Pilih untuk melegakan nafsu atau meningkatkan iman dengan BERSABAR? Ingat , anda yang pilih pengakhiran hidup anda. Pilihlah yang benar. Sesungguhnya, jalan menuju cahaya keimanan itu lebih mulia daripada mengikuti jejak langkah syaitan.
Wallahualam.
p/s : baru sahaja di duga ujian marah. Alhamdulillah, selepas sesi anger management di mall ,dapur dan buku agama, amarah ini mula reda. Hati dan aqal juga sudah lapang untuk berbicara. Semoga ukhuwah itu berkekalan.Amin.
3 comments:
"mereka yang kuat adalah mereka yang dapat menahan marahnya.."
InsyaAllah..
moga kekuatan diperoleh dgn sebanyak-banyak memanjatkan pengharapan padaNya..
tbe2 nk share link ni..
http://langitilahi.com/2011/01/28/let-us-recap-to-adapt/
>>as what u said, 'Rasulullah shj yg beri kekuatan'
..bila Rasulullah dibaling batu sampai berdarah, baginda tak marah pun kan?, sebaliknya doakan mereka diberi hidayah..
moga Allah lembutkan hati mereka yang marah juga memberi kekuatan agar kita semua dapat bersabar mengawal marah..
uhibbukifillah;)
"Sanggup hilang sahabat dari hilang ego sendiri"
haha. smalam ade org kate xnak kawan dgn ak dah dowh. anyway, veryberryberrrystrawberyy nice post. ko patot post bende ni kat fb dowh~ siyes!
salam perpaduan daripada saya. achewa~
owh..terima kasih...banyak2...cik mazni dan cik nad aten..
semoga kita berSABAR selalu....mudah-mudahan kita jdik doktor yg plg sabar ble blik Malaysia nanti...chaiyok...
Aten: aku cm tau aje sapa org itu...heheh..
Post a Comment
Thank You! Do recommend me other medical blogs or website!